Bersediakah Kita Dengan Gelombang Ke-3 Covid 19?

Bila dilihat kepada negara yang sedang mengalami gelombang pandemik Covid 19 yang paling tinggi setakat hari ini, semua akan memandang kepada Italy. Namun, sesetengah rakyat Malaysia masih ada yang belum cakna tentang ancaman virus merbahaya ini.

Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Virus Covid 19 bukan seperti virus atau wabak yang pernah menyerang dunia sebelum ini. Ia dikatakan virus yang merebak paling laju setakat ini. Malaysia pernah dikejutkan dengan Virus Nipah satu ketika tahun 1998 yang mana meragut lebih 700 nyawa dalam masa yang singkat.

virus nipah

Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah dengan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan, ini bukan masa untuk salahkan sesiapa tetapi ini adalah masa untuk kita bersatu supaya virus ini tidak merebak dengan lebih meluas.

Merujuk info dari KKM, jika rakyat Malaysia masih bergerak seperti hari biasa, balik ke kampung dalam saat genting ini, gelombang ke-3 mungkin akan kelihatan seperti Tsunami, kita bakal menerima nasib yang sama seperti negara Italy.

Acuh Tak Acuh Italy Akan Covid 19

Disaat blog ini ditulis, Itali mencatatkan kematian seramai 475 nyawa dalam masa 24 jam! Dengan jumlah kematian seramai 3000, dan yang positif kes baru seramai 4207 (sumber 7 News Australia)

Pada asalnya, Italy memandang virus ini bukan sebagai ancaman kerana ia bermula jauh di Wuhan, China.

Kesilapan Italy adalah pada Fasa Permulaan, ia tidak dibendung dengan segera. Dan mereka mengambil langkah seperti kita sekarang, namun disebabkan rakyat Italy sendiri yang bergegas untuk pulang ke kampung masing-masing, Covid-19 terus tersebar dengan pantas, virus pandemik ini dikatakan lebih berisiko terhadap golongan warga emas & yang mempunyai penyakit kronik.

Sehingga pada ketika ini, doktor terpaksa memilih siapa yang harus hidup dan dibiarkan mati. Bilamana semua doktor yang telah bersara dikerahkan untuk masuk bertugas, pelajar akhir tahun perubatan juga diarahkan bertugas.

Malaysia hanya 2 minggu dibelakang Italy, bermaksud jika kita tidak bersama-sama membendung virus ini dengan cara ‘Stay at home‘, kemungkinan besar kita akan menghadapi situasi yang sama.

Sedarlah rakyat Malaysia, ini bukan sesuatu yang kita boleh remehkan. Mereka para doktor, nurse dan semua ahli barisan hadapan sedang berperang demi kita, mereka juga manusia dan ada rasa penat, ada keluarga, adakah kita masih mahu jadi buta tuli?

Kami di Molar menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar patuh Perintah Kawalan Pergerakan. Tak usah keluar rumah jika tak ada apa yang penting, stay at home. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab, kita lawan sama-sama!

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Zeen is a next generation WordPress theme. It’s powerful, beautifully designed and comes with everything you need to engage your visitors and increase conversions.

More Stories
Perkara Penting Lain Yang Kita Perlu Tahu Tentang Wabak COVID-19